-2.4 C
New York
Friday, December 13, 2024

Volkswagen pertimbang tutup kilang di Jerman untuk kurangkan kos, atasi saingan sengit jenama China


Volkswagen pertimbang tutup kilang di Jerman untuk kurangkan kos, atasi saingan sengit jenama China

Dalam usaha untuk mengurangkan kos dan menyelaraskan perbelanjaannya dalam menghadapi persaingan yang semakin sengit terhadap jenama-jenama automatif China, Volkswagen sedang mempertimbangkan untuk menutup salah satu kilangnya di Jerman, lapor Reuters. Sekiranya langkah ini benar-benar diambil, ia adalah pertama kali dalam sejarah untuk Volkswagen menutup kilangnya di Jerman.

Dalam satu memo kepada kakitangan yang dikeluarkan semalam, Volkswagen menyatakan bahawa ia tidak boleh menolak penutupan kilang di pasaran domestik itu atau menamatkan program keselamatan pekerjaan yang telah dilaksanakan sejak 1994 bagi mengelakkan pemberhentian pekerjaan sehingga 2029. Namun semua langkah yang bakal diambil akan dibincangkan terlebih dahulu bersama majlis kerjanya.

Manakala semakan oleh lembaga syarikat itu menentukan bahawa jenama di bawah Volkswagen AG memerlukan penstrukturan semula yang menyeluruh. “Dalam keadaan semasa, penutupan kilang di tempat produksi kenderaan dan komponen juga tidak lagi boleh diketepikan,” kata syarikat itu dalam memo yang dikeluarkan tersebut.

“Industri automotif Eropah berada dalam situasi yang sangat mencabar dan serius. Persekitaran ekonomi menjadi lebih sukar, dan pesaing baharu memasuki pasaran Eropah. Jerman khususnya sebagai lokasi pembuatan semakin ketinggalan dari segi daya saing,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Volkswagen, Oliver Blume.

Volkswagen pertimbang tutup kilang di Jerman untuk kurangkan kos, atasi saingan sengit jenama China

Jenama Volkswagen, iaitu jenama yang menyumbang sebahagian besar daripada jumlah jualan Volkswagen Group, dilaporkan menjadi jenama pertama dalam kumpulan itu yang menjalankan pengurangan kos bagi menyasarkan penjimatan €10 bilion (RM48 bilion) menjelang 2026, kerana ia cuba menyelaraskan perbelanjaan untuk bertahan dalam tempoh peralihan kepada kenderaan elektrik sepenuhnya.

Majlis kerja syarikat itu berikrar akan memberikan tentangan hebat terhadap rancangan lembaga eksekutif. Ia menambah bahawa Volkswagen sedang mempertimbangkan untuk menyingkirkan satu kilang kenderaan yang besar dan satu kilang komponen di Jerman.

Manakala sebelum ini penganalisis telah menamakan kilang produksi syarikat itu di Osnabrueck, di Decrease Saxony dan Dresden, di Saxony, sebagai sasaran yang berpotensi untuk ditutup.

Volkswagen pertimbang tutup kilang di Jerman untuk kurangkan kos, atasi saingan sengit jenama China

Ketua majlis kerja Daniella Cavallo berkata dalam temu bual di intranet Volkswagen bahawa pengurusan syarikat telah membuat “banyak keputusan yang salah” dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk tidak melabur dalam penghasilan mannequin hibrid atau membangunkan kenderaan elektrik bateri mampu milik dengan lebih pantas.

Cavallo berkata bahawa berbanding menutup kilang, lembaga itu sepatutnya mengurangkan kerumitan dan menggunakan kelebihan yang ada pada seluruh sinergi dalam kumpulan automotif itu.

Sementara itu, kesatuan IG Metall menyifatkan pengumuman itu sebagai keputusan tidak bertanggungjawab yang “menggoncang asas” Volkswagen, iaitu majikan perindustrian terbesar di Jerman dan pengeluar kereta terkemuka Eropah berdasarkan hasil. Volkswagen tidak pernah menutup mana-mana kilangnya kecuali fasilitinya di Westmoreland, Pennslyvania, Amerika Syarikat pada 1998.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles