Budaya ubahsuai kenderaan dari Jepun bukan hanya tersebar ke seluruh dunia semata-mata kerana kereta-kereta yang seronok dihasilkan pembuat-pembuat automotif negara matahari terbit itu ketika ‘bubble period’. Ia sebenarnya turut dipengaruhi oleh media-media dalam industri tersebut dalam menghasilkan pelbagai bahan yang menunjukkan sisi ‘cool’ budaya berkenaan.
Media-media itu bukan hanya hadir dalam bentuk majalah yang penuh dengan gambar berkualiti tinggi, malah mereka turut menghasilkan pelbagai video dalam format VHS dan kemudian berevolusi kepada VCD dan DVD, memaparkan pelbagai perlumbaan tidak kira drift, time assault atau battle di atas litar, serta termasuk aksi-aksi perlumbaan haram di luar litar.
Scorching Model merupakan antara barisan media yang menghasilkan video-video berkenaan, dan ia bukan hanya in style di Jepun malah serata dunia kerana memaparkan kereta-kereta yang diubahsuai oleh pelbagai penala-penala utama di sana, serta dipandu oleh antara pelumba-pelumba terbaik di negara tersebut.
Dalam Scorching-Model juga ia ada menerbitkan siri khas ‘Touge Maou’ atau ‘Raja Jalan Bukit’. Untuk siri ini, kereta-kereta yang diubahsuai bukan untuk berlumba di litar, sebaliknya talaan suspensi, enjin, aerodinamik dan sebagainya adalah dihasilkan untuk berlumba di jalan raya awam, terutamanya jalan-jalan bukit di Jepun atau lebih in style dengan istilah touge.
Kereta-kereta tersebut bukan sahaja diuji, malah dibawa berlumba sesama sendiri di Gunma Cycle Sports activities Middle atau lebih dikenali sebagai ‘Gunsai Touge’ yang memberikan bentuk selekoh, permukaan jalan yang sama seperti jalan-jalan bukit tipikal di Jepun. Kesemua jentera tersebut diuji oleh tiga pemandu profesional utama iaitu ‘The Drift King’ Keiichi Tsuchiya, Manabu Orido dan juga Nobuteru Taniguchi – di mana kesemua mereka sememangnya mula berlumba sebagai pelumba haram touge Jepun.
Sekiranya anda datang ke Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) 2024 yang kini sedang berlangsung di Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Mazda RX-7 FD-3S talaan Isami Amemiya dari RE-Amemiya yang pernah muncul dalam siri Scorching Model Touge Battle berkenaan adalah antara yang boleh anda lihat depan mata.
Jentera lagenda ini diletakkan sekali di “Legendary Japan Vehicles Pavillion” pada acara tersebut, bersama sekumpulan kereta talaan lain yang turut di bawa dari Jepun. Namun kami difahamkan bahawa FD RE-Amemiya Touge Maou ini sudah lama berada di Malaysia kerana sudah dibeli oleh rakyat tempatan.
Seperti yang anda boleh lihat, FD ini masih dalam rupa yang sama ketika muncul dalam video pada tahun 2006 tersebut. Ia dipenuhi dengan equipment aero rekaan RE-Amemiya sendiri seperti bampar hadapan yang direka semula bersama pelbagai splitter udara, penutup bonet hadapan, cermin sisi, skirt sisi, liang udara pada fender sisi hadapan, diffuser bawah bampar belakang dan juga spoiler GT bersaiz gergasi – kebanyakkan di perbuat dari bahan gentian karbon.
Kereta ini juga masih tampil dengan warna biru yang sama, iaitu warna signatur RE-Amemiya ketika itu di mana jentera drift D1GP FD-3S dari penala berkenaan yang dipandu Masao Suenaga turut menggunakan warna yang sama. Kereta ini juga khabarnya masih mengekalkan talaan enjin yang sama di mana enjin wankel rotary 1.3 liter tersebut masih menggunakan pengecas turbo asal dari kilang dan dibuat beberapa pengubahsuaian lain bagi menghasilkan kuasa maksima sekitar 370 PS.
TASKL 2024 baru sahaja bermula hari ini dan ia akan berakhir pada Ahad, 10 November. Ia dibuka bermula pukul 9 pagi sehingga 10 malam setiap hari, dan tiket-tiket ada dijual di kaunter yang disediakan di MITEC sepanjang ia berlangsung.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.