26.6 C
New York
Friday, September 20, 2024

Porsche Taycan Turbo GT 2024 di Malaysia – EV fokus untuk litar dengan 1,108 PS/1,340 Nm, dari RM1.16j


Porsche Taycan Turbo GT 2024 di Malaysia – EV fokus untuk litar dengan 1,108 PS/1,340 Nm, dari RM1.16j

Selepas empat bulan berjaya menakluki gelaran sebagai kereta elektrik (EV) produksi terpantas di Nurburgring dengan catatan masa 7 minit 7.55 saat, Porsche Taycan Turbo GT telah pun selamat tiba di pasaran Malaysia. Jentera EV prestasi tinggi ini ditawarkan pada harga bermula RM1.16 juta iaitu lebih RM100,000 berbanding Turbo S.

Sama seperti Cayenne Turbo GT, penggunaan nama “Turbo” dan “GT” itu menunjukkan Taycan Turbo GT ini menggabungkan prestasi padu Turbo dengan konsep serba ringan GT. Dengan itu, Porsche telah memeras lebih lagi kuasa daripada dua motor yang digunakan dan masih rasa tidak perlu untuk menggunakan tetapan tiga motor seperti Plaid dan Lucid Air Sapphire.

Apa yang dilakukan adalah memasukkan motor belakang yang lebih berkuasa (inverter dengan amp lebih tinggi dan silicon carbide semiconductor yang lebih cekap), mampu menghasilkan kuasa keseluruhan 789 PS (580 kW). Ini mungkin nampak rendah berbanding Taycan Turbo S yang mencatat 932 PS (685 kW) pada overboost, tetapi Turbo GT ini mempunyai semua kuasa pada setiap masa dan semasa menggunakan launch management, ia boleh naik sehingga 1,033 PS (760 kW) untuk masa dua saat.

Secara maksimumnya, motor elektrik ini boleh menghasilkan 1,108 PS (815 kW) dan tork 1,340 Nm. Sebahagian daripadanya disimpan untuk ciri baru Assault Mode, yang dapat memberikan tambahan 163 PS (120 kW) sehingga 10 saat apabila butang khas ditekan atau pedal sebelah kanan ditarik.

Porsche Taycan Turbo GT 2024 di Malaysia – EV fokus untuk litar dengan 1,108 PS/1,340 Nm, dari RM1.16j

Walaupun dengan prestasi yang meningkat sebegini, Turbo GT cuma lebih pantas 0.1 saat apabila melakukan pecutan 0-100 km/j, dengan catatan 2.3 saat. Peningkatannya lebih terasa pada kelajuan tinggi, dengan pecutan 0-200 km/j dapat dibuat dalam masa 6.6 saat, iaitu lebih pantas sekitar satu saat. Laju maksimum pula 30 km/j lebih tinggi berbanding Turbo S, iaitu 290 km/j.

Bagi meringankan kereta ini, Porsche antaranya telah menggunakan gentian karbon pada kemasan b-pillar, pelindung cermin sisi, plat tepi pintu serta tempat duduk. Kemasan pada bahagian however juga dijadikan lebih ringan manakala fungsi bukaan kuasa untuk penutup however itu telah dicabut.

Ia juga dipadankan dengan rim aloi 21-inci dengan bentuk yang mengambil kira pengurangan berat dan penyejukan brek, serta brek karbon seramik yang direka semula dan menjadi dua kilogram lebih ringan. Yang sebenarnya, ia tidaklah begitu ringan lagi, kerana cuma kurang lima kilogram berbanding Turbo S, dengan catatan 2,290 kg.

Porsche Taycan Turbo GT 2024 di Malaysia – EV fokus untuk litar dengan 1,108 PS/1,340 Nm, dari RM1.16j

Untuk menjadikannya lebih ringan, pemiliknya perlu mendapatkan Weissach Bundle. Di mana beberapa elemen akan dicabut seperti tempat duduk belakang (diganti dengan penutup gentian karbon), jam Sport Chrono, penyerap bunyi serta alas kaki. Selain itu, ia juga akan menggunakan kaca cermin/tingkap serba ringan serta sistem bunyi tanpa pembesar suara di belakang. Dengan semua ini, 70 kg lagi dapat dikurangkan, menjadikannya 2,220 kg.

Biar pun begitu, dengan pengurangan ini, kereta yang dilengkapi Weissach Bundle adalah lebih pantas berbanding Taycan Turbo GT biasa. Pecutan 0-100 km/j dapat dilakukan dalam masa 2.2 saat, sementara 0-200 km/j pula dalam masa 6.4 saat. Laju maksimum menjadi 305 km/j.

Ini adalah spesifikasi di mana Turbo GT mencapai rekod pusingan Nürburgring yang disebutkan di atas, serta rekod EV versi produksi di Laguna Seca dengan masa 1 minit 27.87 saat. Namun demikian, pakej ini adalah pilihan tanpa kos di Malaysia.

Porsche Taycan Turbo GT 2024 di Malaysia – EV fokus untuk litar dengan 1,108 PS/1,340 Nm, dari RM1.16j

Berkenana dengan rekabentuknya, Taycan Turbo GT ini lebih rendah dan garang, dengan suspensi udara Porsche Energetic Experience. Ia juga mendapat splitter besar di hadapan serta sayap Gurney pada spoiler aktifnya. Apabila memilih Weissach Bundle, sayap ini diganti dengan jenis yang pegun, dan ditambah dengan pelindung angin bawah badan serta diffuser hadapan, memberikan tambahan daya tolak ke bawah (downforce) sebanyak 220 kg.

Di dalamnya pula, terdapat kemasan yang terdiri daripada kulit serta gentian mikro Race-Tex. Tempat duduknya mempunyai sulaman “Turbo GT” pada penyandar kepala dan di konsol tengah terdapat lencana khas untuk varian ini. Manakala dengan Weissach Bundle pula, ditambah satu lagi lencana di hadapan pemandu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles