23.3 C
New York
Friday, September 20, 2024

MSF Merdeka Race 2024 – Honda Civic EF #60 Tremendous 1800 juara, Myvi Trackerz Racing kecundang di lap-72


MSF Merdeka Race 2024 – Honda Civic EF #60 Super 1800 juara, Myvi Trackerz Racing kecundang di lap-72

Perlumbaan tahunan sempena hari kemerdekaan, Malaysia Velocity Competition (MSF) Merdeka Race untuk edisi 2024 yang dikuasakan oleh Petronas Primax telah berlangsung dengan jayanya hujung minggu lalu di Litar Antarabangsa Petronas Sepang. Tahun ini cabaran perlumbaan dalam format endurance berkenaan dipertingkatkan lagi kerana pelumba perlu mengharungi sebanyak 99-lap, berbanding 88-lap tahun lalu.

Dan apa yang mengejutkan, perlumbaan lasak ini dimenangi oleh trio Gan Kim Koa, Lee Wai Cong dan Hayden Haikal, dengan menggunakan Honda Civic EF dengan nombor perlumbaan #60 yang berusia lebih dari 30 tahun, menewaskan jentera-jentera lain yang jauh lebih moden!

Namun kemenangan yang dikecapi ini bukan sesuatu yang mudah. Civic EF yang berentap dalam kategori Tremendous 1800 (dengan enjin B18 tanpa sistem VTEC) tersebut memulakan perlumbaan di grid keempat, di belakang jentera-jentera dalam kelas lebih berkuasa seperti Toyota GR Yaris pasukan Fawster 55Twelve (dipandu Hafez Kamarudin dan Faidzil Alang), Honda Integra Sort R DC5 pasukan Tedco Racing (dipandu Jonathan Lee dan Justin Toh) serta Honda Civic Sort R FD2R pasukan Sokudo Shenzo Racing (dipandu oleh Mohd Irwan dan Aiyub Alamghir​​​.

MSF Merdeka Race 2024 – Honda Civic EF #60 Super 1800 juara, Myvi Trackerz Racing kecundang di lap-72

Cabaran getir bermula dari lap pertama apabila Civic EF tersebut berpusing menyebabkan posisinya jatuh sehingga ke kedudukan terakhir. Persaingan peringkat awal ini juga menyaksikan GR Yaris pasukan Fawster 55Twelve terpaksa pulang ke pit seawal lap ke-3 kerana menghadapi masalah mekanikal.

Perlumbaan semakin menarik apabila Perodua Myvi generasi pertama pasukan Trackerz Racing yang dipandu oleh “Boy” Soh Zhi Xian dan Tan Wai Hoong mula memimpin perlumbaan pada lap ke-26, berada di hadapan bukan sahaja jentera-jentera saingan sekelas seperti segerombolan Honda Jazz/Match GK dan Suzuki Swift Sport, malah kereta-kereta yang lebih berkuasa seperti Civic Sort R dan Toyota GT86/Subaru BRZ.

Myvi #335 yang bersaing dalam kelas Tremendous Manufacturing berkenaan walau bagaimanapun dilihat berhenti di selekoh ke-4 pada lap ke-72 seterusnya menamatkan terus perjuangannya dalam MSF Merdeka Race 2024 ini. Ketika ini Civic EF #60 yang secara perlahan-lahan memotong semula kenderaan di hadapannya sebenarnya telahpun berada di tempat kedua, dan ia mula berada pada kedudukan pertama selepas Myvi #335 tidak lagi dapat berlumba.

MSF Merdeka Race 2024 – Honda Civic EF #60 Super 1800 juara, Myvi Trackerz Racing kecundang di lap-72

Dalam satu ketika Civic EF# tersebut mempunyai kelebihan sekitar 50 saat di hadapan berbanding saingannya di tempat kedua. Akhirnya selepas 4 jam 54 minit dan 31.789 saat dengan jarak hampir 550 km, ia berjaya melepasi garisan penamat dengan berada lebih 20 saat di hadapan Honda Integra Sort R DC5 pasukan Millenium Racing yang dipandu oleh Faizal Naim, William Yong dan Al Amin Mohd.

“Kami sebenarnya hampir kehabisan minyak pada dua lap terakhir dan saya cuba yang terbaik untuk memastikan kereta ini bergerak,” kata Hayden Haikal yang memandu Civic EF #60 itu pada babak-babak terakhir. Apa yang menarik, Hayden yang kini hanya berumur 20-tahun adalah jauh lebih muda dari jentera yang dipandunya, malah ini adalah kemunculan kedua Civic EF #60 berkenaan selepas direhatkan selama enam tahun, dan ia merupakan juara MSF untuk enam tahun berturut-turut ketika ia sedang aktif berlumba.

Hanya 42 dari 77 kereta yang berjaya menamatkan perlumbaan MSF Merdeka Race 2024 ini. Ia bermula pada lewat petang 1 September selepas lagu Negaraku dinyanikan dan hanya berakhir hampir pukul 12 malam. Dengan pelbagai drama yang berlaku, security automobile terpaksa masuk ke litar untuk memimpin perlumbaan sebanyak empat kali.

Keputusan penuh perlumbaan mengikut kategori adalah seperti berikut:

Keseluruhan
1. Gan Kim Koa/Lee Wai Cong/Hayden Haikal​​ ​​​99 lap
2. Faizal Naim/William Yong/Al Amin Mohd​ (Millennium Racing 1) ​​99 lap
3. Mohd Fahrizal Hasan/Syed Mohd Rizal​​ (FAWSTER SMRT​​) ​99 lap

Rennplatz Normal Manufacturing
1. Siah Woei Ping/Chong Chin Younger​​​​ ​​98 lap
2. Chio Wen Cheng/Kingston Tan/Tse Ka Hing​​​​​ 97 lap
3. Freddie Ang/Jwan Hii​​​​ ​​​​96 lap

Rennplatz Normal Manufacturing Max
1. Tan Wooi Loon/Roni Risman​​ (​Piston Challenge​​​) 96 lap
2. Ahmad Firdaus/Mohamad Najib/Lee Kun San​ (Fawster 22ProShop​​) +14.626s
3. David Kang/Gerald Goh​​​​ (Sokudo Shenzo Racing X Agi​) 95 lap

Imaginative and prescient HKS Tremendous Touring
1. Faizal Naim/William Yong/Al Amin Mohd (​Millennium Racing 1​) ​99 lap
2. Jonathan Lee/Justin Toh​​​ (TEDCO Racing​​​) +1:19.160
3. Mohd Irwan/Aiyub Alamghir​​ (​Sokudo Shenzo Racing) ​​96 lap

Imaginative and prescient HKS GT86 x BRZ Racing Cup
1. Mohd Fahrizal Hasan/Syed Mohd Rizal (​​FAWSTER SMRT​​​) 99 lap
2. Muhd Khairul Nizam/Sean Khoo​​​ (EXN-JR Velocity Sucimuci​) ​97 lap
3. Kenneth The/Danny Chang​​​​ ​​​94 lap

Tremendous 1800
4. Gan Kim Koa/Lee Wai Cong/Hayden Haikal​​​​ ​99 lap
5. Yau Weng Wai/Low Zhe Wei​​​​​​​ 94 lap
6. CY Khoo/Gilbert Ang​​​​​​​ ​89 lap

Tremendous Manufacturing
1. Jonathan Xie/Leong Jia Le Kent​​​Xie-Kent​​​ 98 lap
2. Muhammad Nurazmi/Shamir Aizan/Raha Ahmad (55twelve X A RC Racing​) 96 lap
3. Ng Tiam Lai/Eugene Lin/Mark Darwin​​​​​​ 94 lap

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles