3.3 C
New York
Thursday, December 12, 2024

Kerajaan perlu naikkan harga RON95 sebanyak 32 sen seliter mulai 1 Julai untuk jimat RM4.1b – Maybank IB


Kerajaan perlu naikkan harga RON95 sebanyak 32 sen seliter mulai 1 Julai untuk jimat RM4.1b – Maybank IB

Subsidi bersasar untuk bahan api diesel sudahpun bermula pada hari ini, 10 Jun 2024 di mana harga bahan api diesel Euro 5 B10 yang sebelum ini dijual pada RM2.15 seliter kini naik sebanyak RM1.20 seliter bagi menjadikan harga jualannya RM3.35 seliter.

Program rasionalisasi bahan api ini bukan akan terhenti setakat ini, kerana kerajaan sudahpun memberikan petunjuk jelas bahawa ia turut akan membabitkan bahan api petrol RON95 tidak lama lagi. Berapa harga RON95 akan naik? Bila ia akan dilaksanakan? Perkara ini masih lagi menjadi tanda tanya.

Bagi menjangkakan perkara ini, Maybank Funding Financial institution (Maybank IB) telah pun membuat simulasi berdasarkan maklumat-maklumat yang ada setakat ini, dan ia telahpun dinyatakan oleh Ketua Ekonomi Maybank IB, Suhaimi Ilias, dalam nota penyelidikan berkaitan fiskal negara yang disediakan bersama dua lagi penganalisis firma itu hari ini, dilaporkan oleh Dagang Information.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 Oktober tahun lalu, kerajaan sudahpun mengumumkan bahawa ia mensasarkan penjimatan sebanyak RM11.5 bilion bagi perbelanjaan subsidi, dan setakat ini sasaran penjimatan itu sudahpun mencapai RM7.4 bilion, termasuk RM4 bilion daripada subsidi elektrik dan RM1.2 bilion daripada penghapusan subsidi harga ayam, katanya.

Kerajaan perlu naikkan harga RON95 sebanyak 32 sen seliter mulai 1 Julai untuk jimat RM4.1b – Maybank IB

“Pengurangan sebanyak RM2.2 bilion lagi adalah daripada penyasaran subsidi diesel yang bermula 10 Jun 2024, iaitu jumlah pro-rata berbanding RM4 bilion yang boleh dicapai bagi setahun penuh,” tambah Suhaimi dalam laporan tersebut.

Jadi dengan simulasi yang dibuat Maybank IB, harga petrol RON95 perlu dinaikkan sebanyak 32 sen iaitu RM2.37 bermula 1 Julai ini bagi mencapai sasaran penjimatan RM4.1 bilion untuk menggenapkan sasaran RM11.5 bilion yang diumum dalam Belanjawan 2024.

Menurut Maybank IB lagi, sekiranya kerajaan bertindak lebih lambat, harga bahan api RON95 perlu dinaikkan lebih tinggi bagi mencapai sasaran penjimatan tersebut pada suku ke-empat 2024, dengan menyatakan bahawa ia perlu naik sebanyak 65 sen atau 31.7% kepada RM2.70 seliter sekiranya ia bermula pada 1 Oktober 2024.

Menurut Maybank IB lagi, kenaikan 10 sen seliter petrol RON95 mampu menjimatkan RM2.5 bilion subsidi untuk setahun penuh dengan mengandaikan kenaikan diimbangi bantuan tunai bulanan kepada penerima yang layak seperti mana penyasaran subsidi diesel.

Kerajaan perlu naikkan harga RON95 sebanyak 32 sen seliter mulai 1 Julai untuk jimat RM4.1b – Maybank IB

Namun menurut Suhaimi bila tarikh sebenar harga petrol RON95 akan dinaikkan bagi tujuan penyasaran subsidi petrol RON95 akhirnya adalah “keputusan politik”.

“Sudah tentu, kerajaan mempunyai kata putus mengenai kuantum dan masa sebenar pelarasan harga RON95.

“Malah kerajaan juga boleh menangguhkan pelaksanaan rasionalisasi subsidi petrol RON95 yang disasarkan,” jelasnya.

Beliau turut berkata, dividen tambahan daripada Petronas boleh menampung andai RM4.1 bilion yang diperlukan bagi mencapai sasaran Belanjawan 2024 tidak diperoleh sepenuhnya.

“Sebarang kekurangan berbanding RM4.1 bilion yang diperlukan untuk mencapai sasaran pengurangan perbelanjaan subsidi sebanyak RM11.5 bilion dalam Belanjawan 2024 boleh ditampung oleh dividen tambahan Petronas berbanding RM32 bilion yang dianggarkan untuk tahun ini,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles