26.6 C
New York
Thursday, September 19, 2024

JPJePlate untuk EV dilancarkan — Rekaan ikut format Euro dengan bendera Malaysia, ciri RFID; RM98


JPJePlate untuk EV dilancarkan — Rekaan ikut format Euro dengan bendera Malaysia, ciri RFID; RM98

Kementerian Pengangkutan kini memperkenalkan plat lesen khas (rekaan plat khas, RPK) khusus untuk kenderaan elektrik. JPJePlate dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di Cyberjaya pagi ini.

JPJePlate ini bukanlah siri nombor plat EV (misalnya “EV 1” hingga “EV 9999”) tetapi sebaliknya merupakan rekaan plat khas yang berbeza daripada plat biasa sedia ada (plat hitam dan aksara putih). Bagaimanapun, kementerian turut memperkenalkan siri nombor plat “EV” khusus untuk kereta elektrik. Bidaannya dibuka bermula hari ini hingga 13 September.

Selain daripada itu, nombor plat di bawah sistem pendaftaran kenderaan ketika ini (misalnya huruf V untuk Wilayah Persekutuan, B untuk Selangor dsb) boleh digunakan untuk JPJePlate, tetapi hanya untuk EV sahaja. Paling utama, penampilan format untuk plat baru ini adalah berbeza.

JPJePlate untuk EV dilancarkan — Rekaan ikut format Euro dengan bendera Malaysia, ciri RFID; RM98

Macam plat Eropah?

Seperti yang dapat dilihat dalam gambar, RPK ini menggunakan font baru. Ini kerana ia tidak melibatkan aksara dilekatkan ke atasnya, tetapi sebaliknya ditekap ke atas plat yang diperbuat daripada aluminum. Warna plat dan aksara juga bertukar: latarnya putih (dengan ciri pemantul cahaya), dengan tulisan aksara hitam (dengan ciri hologram anti-pemalsuan).

Di sudut kiri plat, akan ada perbezaan warna dan juga bendera Malaysia serta kod pengenalan negara yang dihadirkan dengan jalur keselamatan holographic. Warna hijau dipilih kerana ia EV, dengan ada kemungkinan warna lain juga akan diperkenalkan kelak.

Jika rekaan plat ini kelihatan sama seperti rekaan dan format yang digunakan di Eropah, itu memang betul. RPK ini, yang berukuran 11 cm x 52 cm, diperoleh daripada sebuah syarikat Jerman dengan pengkhususan terhadap pengenalan kenderaan, Tonnjes.

Ia merupakan IDePlate dengan kod QR dan disepadukan dengan cip RFID pasif RAIN (RAdio frequency IdentificatioN) yang menggunakan protokol GS1 UHF Gen2. Elemen RFID ini belum disertakan, namun ciri berkenaan boleh diperkenalkan kelak bagi kegunaan untuk disepadukan dengan sistem pengangkutan pintar (ITS), termasuk untuk pilihan pembayaran.

JPJePlate untuk EV dilancarkan — Rekaan ikut format Euro dengan bendera Malaysia, ciri RFID; RM98

Kenapa plat baru?

Menurut kementerian, thought disebalik pengenalan rekaan plat baru ini adalah sebagai projek perintis untuk membezakan antara kenderaan bebas emisi dengan kenderaan jenis pembakaran dalaman (ICE) lain.

Fasa pertamanya hanya akan melibatkan kenderaan bateri-elektrik sahaja, dan bukan untuk kenderaan hibrid, PHEV atau ICE. Sebabnya, plat berbeza ini akan memudahkan pasukan keselamatan dalam mengenalpasti jenis kenderaan EV ini, dan mengambil langkah yang perlu dan betul, misalnya ketika berlaku kemalangan.

JPJePlate untuk EV dilancarkan — Rekaan ikut format Euro dengan bendera Malaysia, ciri RFID; RM98

Siapa yang boleh menggunakan plat EV?

Seperti dinyatakan tadi, JPJePlate hanya boleh digunakan untuk kenderaan elektrik sahaja, dan ia belum diwajibkan untuk pemilik EV ketika ini. Perancangan jangka panjangnya tentulah semua EV nanti akan menggunakan RPK ini, dan ia akan diwajibkan nanti — namun semuanya bergantung kepada hasil pemerhatian projek perintis ini nanti.

Bermula hari ini, JPJePlate boleh dipesan melalui lapan rasmi jpjeplate.jpj.gov.my. Sebagai permulaan, plat baru EV ini hanya boleh diperoleh daripada beberapa syarikat pengeluar OEM yang menjual EV atau rakan niaganya yang dilantik, dengan permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal atau aplikasi khas RPK.

Selain itu, pemilik EV sedia ada yang sudah didaftarkan akan diberi pilihan untuk beralih kepada JPJePlate ini untuk kenderaan mereka bermula November nanti, dengan pendaftaran minat sudah mula dibuka.

Langkah pertama ke arah piawaian plat untuk semua kereta baru pada masa hadapan?

Inilah tujuan umumnya, tetapi perjalanan masih jauh. Dalam taklimat yang diberikan, kementerian berkenaan mendedahkan Malaysia antara 5% negara di peringkat international yang masih menggunakan plat tradisional, dan akan beralih kepada teknologi yang lebih maju tersebut.

Usaha untuk memperkenalkan plat baru ini adalah untuk meneroka piawaian baru bagi plat lesen bagi untuk semua kenderan baru yang didaftarkan di Malaysia, dan menghapuskan penggunaan plat fancy atau yang tidak mengikut peraturan dan mengurangkan peluang untuk mengklon kenderaan.

Jika berhasil untuk diseragamkan RPK ini ke atas semua kenderaan tak kira sistem janaannya kelak, maka semua pendaftaran kereta baru di sini akan menggunakan JPJePlate. Bagaimanapun, ini tidak bermaksud RPK ini wajib digunakan ke atas semua kenderaan yang sudah didaftarkan dan masih berada di atas jalan ketika ini. Format plat sedia ada ketika ini masih boleh digunakan.

JPJePlate untuk EV dilancarkan — Rekaan ikut format Euro dengan bendera Malaysia, ciri RFID; RM98

Berapa kos untuk RPK ini, dan apa yang akan diperoleh?

Memang ada kos yang terlibat. Harga JPJePlate ini ialah RM98, dan pengguna akan menerima plat aluminium depan dan belakang (dengan ciri RFID) serta plat lesen ketiga dalam bentuk pelekat keselamatan yang dilekatkan di cermin utama.

Turut mengandungi cip RAIN RFID dan kod QR, IDeStix berkenaan mempunyai fungsi yang sama dengan plat depan, menyediakan satu lagi lapisan identifikasi keselamatan untuk kenderaan — ia tidak boleh ditanggalkan untuk dipindah milik/tempat, dan akan rosak jika ada percubaan untuk melakukan itu.

Vendor tempatan yang dilantik untuk mengeluarkan plat RPK ini ialah Handal Ceria, dan semua proses yang terlibat berkaitan plat ini dalam fasa perintis akan dilakukan oleh syarikat terbabit. Buat masa ini, pendaftaran bagi plat EV baru ini hanya melalui syarikat pengeluar OEM yang menjual EV atau rakan niaga mereka yang dilantik, dengan permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal atau aplikasi khas RPK.

Selepas permohonan diproses, plat akan diserahkan melalui beberapa cara:

  • Serahan customary — satu atau dua hari untuk Semenanjung Malaysia; tiga atau empat hari untuk Malaysia Timur (tiada caj tambahan, sudah termasuk dengan kos plat).
  • Serahan ekspres — pesanan yang dibuat sebelum 10 pagi akan dihantar pada hari yang sama (ada kos tambahan, bergantung jarak).
  • Ambil sendiri — dari pejabat Handal Ceria di Cyberjaya.

Dalam taklimat berkenaan juga dinyatakan, masa terbaik untuk menghantar permohonan bagi pendaftaran nombor yang sudah tersedia adalah dalam masa lima hari sebelum serahan kenderaan kepada pelanggan. Untuk plat nombor semasa, permohonan boleh dibuat setelah selesai eDaftar, menggunakan pendaftaran kawasan.

Proses pemasangan

Pemasangan JPJePlate dan pelekat cermin depannya akan dilakukan oleh pengedar kenderaan atau rakan niaganya (bermaksud jika memilih untuk ambil sendiri, ini perlu dilakukan oleh staf rakan niaga tersebut).

Dua jenis pemasangan telah diluluskan untuk RPK ini. Yang dicadangkan adalah untuk plat berkenaan dipasang menggunakan skru keselamatan ke kenderaan terbabit — menurut Handal Ceria, ini cara yang dicadangkan untuk memastikan tahap keselamatan tertinggi daripada kecurian, kerana akan menyukarkan penanggalan plat terbabit.

Satu lagi adalah cara biasa, menggunakan pemegang plat 52 cm x 11 cm yang boleh memuatkan RPK tersebut. Kelonggaran pemasangan ini diberikan hasil daripada maklum balas bahawa sebahagian pemilik kenderaan khuatir akan berlaku kerosakan terhadap kereta ketika pemasangan.

Siap pasang, gambar pemasangan itu perlu diambil (depan, belakang dan cermin depan) dan dimuat naik ke seksyen pendaftaran dalam portal/aplikasi RPK. Ini bagi memastikan pemasangan telah selesai dan dilakukan dengan betul. Syarikat tersebut memaklumkan, proses kelulusan selepas muat naik gambar ini tidak akan memakan masa lama.

Berkaitan penggantian RPK sekiranya kereta terbabit terlibat kemalangan dan memerlukan unit yang baru, proses permohonan bagi penggantiannya adalah sama seperti pendaftaran baru.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles