Banyak promosi hujung tahun bagi pelbagai barisan jenama dan kenderaan akan ditawarkan ketika acara Auto Automotive Expo (ACE) 2024 anjuran paultan.org dengan tajaan bersama Carro, yang akan berlangsung pada 26-27 Oktober 2024 di Pusat Persidangan Setia Metropolis (SCCC).
Untuk acara ini, jenama good akan diwakili oleh EON, yang akan menawarkan rebat sehingga RM21,500 serta hadiah bernilai sehingga RM5,488. Ini adalah masa terbaik untuk mendapatkan tawaran hebat untuk EV pertama anda, hanya di ACE 2024.
good #1 akan ditawarkan dengan rebat RM21,500* bergantung varian mana yang dipilih. Dengan rekaannya yang menawan, good #1 mampu memberikan jarak perjalanan sejauh 440 km dan menyokong pengecasan pantas DC untuk memendekkan masa cas semula anda.
Rebat RM10,000* juga diberikan kepada good #3, yang merupakan mannequin yang lebih besar dengan rekaan ala fastback. Sama seperti good #1, good #3 juga ditawarkan dalam tiga varian berbeza. Tidak kira mannequin good yang mana menjadi pilihan, anda juga akan memerima pengecas AC di rumah bernilai RM3,200* dengan pemasangan percuma bernilai RM2,288*.
Jenama yang turut akan berada di ACE 2024 termasuklah Toyota, Proton, Perodua, Volkswagen, BYD, Mitsubishi, Ford, MG serta good dan eMas yang diuruskan oleh Professional-Web.
Semua jenama tersebut juga akan turut disertai juga oleh BMW/MINI (menerusi Auto Bavaria), Mercedes-Benz (menerusi Hap Seng Star) dan Volvo (menerusi Sime Darby Swedish Auto), serta beberapa jenama lagi di bawah kendalian EON yang turut akan mewakili jenama good dan Audi, serta Cycle & Carriage dengan jenama Peugeot dan Leapmotor. Untuk motosikal, akan ada jenama BMW Motorrad, serta tidak lupa Trapo yang pelbagai produk melalui Exosystem-nya.
Seperti PACE, pengunjung ke ACE 2024 turut berpeluang memandu uji barisan kenderaan dari pelbagai jenama yang menyertai acara tersebut. Dan, tidak hanya kenderaan baru yang akan dipamerkan: kenderaan terpakai juga akan dibawa — dengan pelbagai tawaran menarik untuk dinikmati oleh pelanggan, yang tidak ditawarkan di tempat lain.
Ini menjadikan ACE 2024 sebuah acara yang perlu anda kunjungi, kerana akan ada promosi awal sempena hujung tahun yang akan diberikan oleh jenama yang terlibat. Tidak ketinggalan, akan ada juga tawaran berasingan daripada kami di paultan.org.
200 pelanggan terawal yang membuat tempahan mana-mana kereta baru akan menerima baucar gabungan bernilai RM2,500, yang terdiri daripada RM500 baucar filem penapis haba/coating V-Kool, RM500 baucar Dodomat, RM500 baucar penapis udara Blueair, RM500 baucar untuk balutan kulit kustom DK Schweizer serta RM500 baucar dari Kuzig Glanz untuk filem pelindung cat badan kenderaan.
Akan ada banyak lagi promosi yang akan diumumkan sempena ACE 2024. Jadi terus perhatikan ruangan ini untuk maklumat lanjut. Tandakan kalender — 26-27 Oktober 2024 — dan jumpa nanti di SCCC. Masuk adalah percuma!
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.