21.1 C
New York
Saturday, September 21, 2024

Proton X70 2025 — empat varian, rekaan bampar baru, IHU 12.3-inci, Apple CarPlay dan Android Auto


Proton X70 2025 — empat varian, rekaan bampar baru,  IHU 12.3-inci, Apple CarPlay dan Android Auto

Selepas lebih enam tahun mannequin Proton X70 pertama kali dilancarkan di Malaysia, SUV well-liked dalam segmen C itu kini diberikan facelift yang ditunggu-tunggu. Juga selepas kira-kira 100,000 unit mannequin berkenaan terjual setakat Mei 2024 untuk pasaran tempatan, mannequin facelift-nya muncul dengan membawakan tidak hanya kesegaran penampilan, tetapi juga banyak lagi penambahbaikan lain diberikan untuk Proton X70 2025.

Antara yang paling ketara perubahan yang dilakukan ialah untuk bahagian wajah depannya. Rekaan gril X70 2025 ini misalnya telah menuruti pendekataan rekaan gril diamond yang sama seperti X90 dan juga sedan S70 sebelum ini — perincian di antara ketiga-tiganya memang nampak sama, tetapi tidak serupa.

Rekaan hud juga lain, dengan adanya dua garisan yang lebih ketara di bahagian tengah dengan kedudukan lebih tinggi, dan dilanjutkan ke bahagian fender di sisinya yang juga berbeza daripada mannequin X70 sedia ada. Ini tentulah membawa kepada rekaan lampu utamanya yang kini sedikit lebih nipis dan tampil canggih: ia menggunakan unit lampu LED sepenuhnya dengan rekaan tiga kluster berbeza di dalam perumah — dengan 47 biji lampu LED digunakan, lengkap dengan DRL.

Proton X70 2025 — empat varian, rekaan bampar baru,  IHU 12.3-inci, Apple CarPlay dan Android Auto

Bahagian bawah bampar juga diberi rekaan baru dengan kawasan kemasan hitam berkilat yang lebih luas, dengan kemasan jalur melintang yang lebih banyak, termasuk yang melibatkan bukaan udara. Beralih ke tepi pula, bahagian fender tampil dengan rekaan baru. Ada dua rekaan rim baru untuk Proton X70 2025: bagi varian Premium dan Premium X, rim yang diberikan bersaiz 19-inci, manakala untuk Government bersaiz 18-inci, dengan kedua-dua saiz ini datang dengan rekaan yang berbeza. Varian paling asas, Customary, datang dengan rim 17-inci lama.

Di belakang, X70 2025 nampak lebih tegap. Rekaan bamparnya juga baru, dengan tambahan kawasan hitam berkilat yang lebih tinggi, memperlihatkan bahagian belakang ini lebih labuh berbanding mannequin sebelumnya. Tidak lupa, pintu ruang barangan di belakang ini juga automatik. Semua ini menyumbang kepada wajah depannya yang lebih muskular.

Di dalam ruang kabin juga ada banyak kemaskini yang dilakukan. Yang paling utama untuk dinyatakan ialah rekaan roda stereng baru dengan bahagian bawahnya rata. Kluster meter untuk pemandu pula menggunakan paparan kombinasi digital LCD. Juga baru untuk X70 2025 ini ialah Infotainment Head Unit (IHU) yang digunakan, kini dengan skrin lebih besar 12.3-inci.

Proton X70 2025 — empat varian, rekaan bampar baru,  IHU 12.3-inci, Apple CarPlay dan Android Auto

Dan Proton juga mengesahkan, mannequin X70 terbaru ini akan dilengkapi dengan peranti yang menyokong ciri Apple CarPlay dan Android Auto, yang akan membolehkan pelanggan memuat turut aplikasi berkenaan kelak secara over-the-air (OTA). Selain itu, rekaan papan pemukanya juga baru, melibatkan kemasan ala diamond yang sama seperti gril depan, dan disertakan dengan pilihan 72-warna lampu ambient.

Kemaskini X70 2025 ini tidak hanya dari segi kosmetik kerana Proton turut melakukan tetapan semula terhadap aspek mekanikalnya. Mannequin X70 2025 ini juga mengandungi sebanyak 360 bahagian baru yang dihasilkan oleh Proton. R&D dan juga ujian juga dijalankan dengan melibatkan 290,000 jam kerja. Lebih penting, untuk memastikan mannequin ini lebih serasi dan disesuaikan dengan keadaan pemanduan di Malaysia, jarak sejauh 4.2 juta kilometer telah dilakukan ke atasnya.

Untuk itu, ketika sesi pandu uji singkat yang sempat dilakukan di litar ujian Proton tempohari memberi sedikit sebanyak peluang untuk kami merasakan kelainan pemanduannya. Secara ringkas, X70 2025 lebih diperhalus kendalian dan pemanduannya. Sebagai contoh, kabinnya kini dirasakan lebih senyap, sistem suspensinya juga tegap dan memberikan keselesaan, serta respon enjin ketika dikerah adalah lebih lancar dan membolehkan kuasa disalurkan dengan cepat — menjadikan pemanduannya cukup bertenaga. Tiada juga masalah gegaran atau kebisingan yang mengganggu dari enjin 1.5L turbo tiga-silinder yang digunakannya.

Tentang enjin, ia masih menggunakan unit 1.5L TGDI yang digandingkan dengan transmisi klac berkembar tujuh-kelajuan yang menjana sebanyak 130 kW (177 PS) pada 5,500 rpm serta 255 Nm tork antara 1,500-4,000 rpm. Sistem janaan kuasanya kini memberikan bacaan penggunaan minyak yang 4% lebih baik daripada sebelumnya, dengan bacaan 7.3L/100 km.

Bagi aspek keselamatan pula, antara ciri yang ada ialah kunci automatik ketika pengguna menjauhi kenderaan, kameran 360-darjah yang jelas serta meninjau tekanan tayar (TMS) — selain sistem keselamatan pasif commonplace yang ada.

Bagi sistem keselamatan aktif pula, sistem ADAS bagi Proton X70 2025 ini lengkap dengan 13 ciri termasuk AEB dan amaran perlanggaran depan; ACC dengan Cease/Go + Clever Cruise Management; amaran penukaran lorong, penghindar penukaran lorong dan kawalan ke tengah lorong; bantuan menukar lorong dan amaran ketika membuka pintu; kawalan lampu tinggi pintar; maklumat papan tanda trafik; amaran perlanggaran belakang; dan amaran lintasan trafik di belakang.

Semua sekali ada empat varian ditawarkan — Customary, Government, Premium dan Premium X; semuanya dengan enjin 1.5L TGDI. Setakat ini, harga masih belum diumumkan lagi. Perbandingan spesiifkasi antara varian berkenaan adalah seperti berikut:

Proton X70 2025 — empat varian, rekaan bampar baru,  IHU 12.3-inci, Apple CarPlay dan Android Auto

    Proton X70 2025 Customary

  • Enjin 1.5L TGDI
  • Transmisi klac berkembar tujuh-kelajuan
  • Penghidup enjin jarak jauh
  • Enam beg udara SRS
  • Lampu LED dengan DRL
  • Rim 17-inci
  • Kerusi balutan fabrik
  • IHU 12.3-inci
  • Kamera undur
  • Walkaway Auto Lock
  • Proton X70 2025 Government

    Tambahan dari Customary 2WD

  • Rim 18-inci
  • Pintu ruang barangan kuasa elektrik
  • Kerusi balutan kulit
  • Kerusi pemandu larasan kuasa elektrik
  • Kerusi depan berliang
  • Kamera 360-darjah
  • Proton X70 2025 Premium

    Tambahan dari Government 2WD

  • Sistem bantuan pemandu ADAS
  • Sistem tinjauan tekanan tayar
  • Rim 19-inci
  • Kerusi balutan kulit Nappa
  • Kerusi penumpang depan berkuasa elektrik
  • Lampu ambient
  • Proton X70 2025 Premium X

    Tambahan dari Premium 2WD

  • Bumbung panoramik

Terdapat lima pilihan warna disediakan iaitu Snow White, Armor Silver, Jet Gray, Ruby Crimson dan warna baru Marine Blue.

Proton X70 2025 Premium X

Proton X70 2025 Premium

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles