-2.7 C
New York
Friday, January 10, 2025

GALERI: Toyota Corolla Cross facelift 2025 di M’sia; RM134k-RM149k, 3 varian, GR Sport kini hibrid


GALERI: Toyota Corolla Cross facelift 2025 di M’sia; RM134k-RM149k, 3 varian, GR Sport kini hibrid

Toyota Corolla 1.8 HEV GR Sport facelift 2025

Ketika melancarkan mannequin facelift 2025 untuk Toyota Corolla Cross di Kuala Lumpur Worldwide Motorshow (KLIMS) 2024 minggu lalu, UMW Toyota hanya membawa satu daripada tiga varian mannequin tersebut iaitu varian permulaan untuk hibrid, Corolla Cross 1.8 HEV untuk dipamerkan. Dan kali ini kami bawakan galeri penuh bagi ketiga-tiga varian versi kemaskini SUV segmen-B berkenaan untuk tatapan anda.

Ketiga-tiga varian Corolla Cross facelift terbaharu ini semuanya diproduksi secara pemasangan tempatan (CKD) menerusi fasiliti UMW Toyota di Bukit Raja, Selangor. Antara tiga varian tersebut, kini hanya varian paling asas 1.8 V yang dijana oleh enjin petrol sepenuhnya, dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM133,800.

Mannequin ini dijana oleh enjin 2ZR-FE 1.8 liter Twin VVT-i yang menghasilkan kuasa 139 PS pada takat 6,400 rpm dan tork maksima 172 Nm pada takat 4,000 rpm. Ia digandingkan dengan kotak gear CVT yang diberikan tujuh-kelajuan maya dengan mod handbook, bagi memacu hanya roda hadapan.

GALERI: Toyota Corolla Cross facelift 2025 di M’sia; RM134k-RM149k, 3 varian, GR Sport kini hibrid

Toyota Corolla 1.8 HEV GR Sport facelift 2025

Sementara mannequin 1.8 HEV dan varian paling sporty GR Sport masing-masing berharga RM140,800 dan RM148,800 pula dijana oleh unit rangkaian hibrid yang menggandingkan enjin kitaran Atkinson 2ZR-FXE 1.8 liter Twin VVT-i NA empat silinder berkuasa 98 PS dan tork maksima 142 Nm, bersama dua motor elektrik di mana motor utamanya berkuasa 72 PS/163 Nm bagi menghasilkan kuasa keseluruhan 122 PS untuk memacu roda hadapan menerusi kotak gear E-CVT.

Motor berkenaan menerima kuasa dari pek bateri Ni-MH 168 sel berkapasiti 6.5 Ah yang diletakkan di bawah tempat duduk belakang, membolehkan ruang however belakang kekal besar dengan kapasiti 440 liter.

Bagi varian 1.8V dan 1.8 HEV, perubahan luaran dapat dilihat menerusi rombakan rekaan pada bahagian muka dengan diberikan lampu hadapan LED-penuh baharu dengan lampu isyarat membelok sequential, bersama gril atas yang lebih nipis. Manakala gril pada bahagian bampar kini direka tanpa bingkai dan menampilkan elemen sarang lebah.

Toyota Corolla Cross 1.8V 2025 (atas) dan Toyota Corolla Cross 1.8 HEV 2025 (bawah)

Warna Purple Mica Metallic, Silver Metallic, Platinum White Pearl dan warna baharu Darkish Turquoise ditawarkan untuk kedua-dua varian 1.8V dan 1.8 HEV, manakala warna Celestite Gray Metallic disediakan hanya untuk varian 1.8 HEV.

Pada bahagian dalaman, ia masih menerima papan pemuka yang sama seperti sebelum ini tetapi diberikan beberapa tingkat taraf. Antaranya adalah pedal kaki untuk brek parkir pada mannequin sebelum ini telah digantikan dengan brek parkir elektronik yang lebih moden, serta memberikan fungsi brake maintain automatik.

Untuk mannequin dengan enjin petrol sepenuhnya, ia masih diberikan paparan instrumen analog bersama paparan pelbagai informasi menerusi skrin TFT berwarna 4.2-inci. Manakala mannequin hibrid pula diberikan paparan instrument digital sepenuhnya menerusi skrin 12.3-inci bagi memberikan informasi sistem hibrid. Skrin tersebut juga menampilkan tiga susunan berbeza dan juga empat tema visible (Informal, Sensible, Robust, Sporty) yang boleh dipilih.

GALERI: Toyota Corolla Cross facelift 2025 di M’sia; RM134k-RM149k, 3 varian, GR Sport kini hibrid

Papan pemuka Toyota Corolla 1.8 HEV GR Sport facelift 2025

Manakala skrin infotainmen sembilan-inci sebelum ini telah digantikan dengan skrin 10.1-inci yang lebih besar dan diberikan fungsi Android Auto dan Apple CarPlay hubungan tanpa wayar, serta memberikan paparan monitor pandangan 3D panaromik. Sistem telemetik kenderaan yang telah ditingkat taraf dengan fungsi penghidup enjin jarak jauh.

Varian 1.8V dan juga Hybrid Electrical menerima balutan upholsteri yang sama menggandingkan kulit hitam dan perang pada tempat duduk dan serlahan benang perak.

Bagi varian GR Sport, ia dilihat masih menggunakan rekaan yang hampir sama seperti versi sebelum facelift. Varian paling sporty ini hadir dengan gril GR Sport, lampu belakang dengan lensa jernih sepenuhnya dan juga kemasan bawah bampar belakang dengan lencana GR. Mannequin ini juga ditawarkan dengan tiga warna duo tona iaitu Platinum White Pearl, Purple Mica Metallic dan Darkish Turquoise – semuanya digandingkan dengan bumbung hitam.

Papan pemuka Toyota Corolla Cross 1.8V 2025 (kiri) dan papan pemuka Toyota Corolla Cross 1.8 HEV 2025 (kanan)

Manakala pada bahagian dalaman, mannequin GR Sport ini datang dengan upholsteri kulit hitam dan serlahan jahitan benang merah serta emblem GR yang cop pada perehat kepala tempat duduk hadapan dan juga tombol gear serta roda stereng balutan kulit.

Walaupun unit rangkaian kuasanya sama seperti versi 1.8 HEV biasa, varian GR Sport ini bukan hadir dengan hanya gaya lebih garang, malah ia turut menawarkan set suspensi lebih keras, talaan lebih sporty pada kotak komputer stereng kuasa elektrik (EPS) dan juga set pendakap-pendakap casis bagi memberikan prestasi pengendalian yang lebih sporty.

Kesemua tiga varian menerima rim aloi 18-inci yang dibalut dengan tayar Toyo bersaiz 225/50R18. Namun rekaannya berbeza di mana varian 1.8V dan Hybrid Electrical datang dalam kemasan Darkish Gray Metallic dan aloi digilap, manakala varian GR Sport datang dalam kemasan dua tona.

Ruang enjin Toyota Corolla Cross 1.8V 2025 (kiri) dan Toyota Corolla Cross 1.8 HEV 2025 (kanan)

Untuk keselamatan, kesemua varian Corolla Cross pasaran Malaysia menerima kelengkapan commonplace termasuk Pemantau Titik Buta (BSM) dengan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Bantuan Mula Mendaki dan Sistem Amaran Tekanan Tayar (TPWS). Kelengkapan keselamatan commonplace lain yang turut dibekalkan termasuk tujuh-beg udara, cagak tempat duduk keselamatan kanak-kanak Isofix di belakang serta penderia parkir hadapan dan belakang.

Kesemua varian juga datang dengan sistem bantuan pemanduan Toyota Security Sense (TSS) yang menampilkan fungsi seperti Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Amaran Penukaran Lorong (LDA) dengan Bantuan Stereng, cruise management adaptif, Bantuan Pengesan Lorong (LTA) dan Lampu Tinggi Automatik (AHB).

Semua varian diberikan pelindungan waranti lima tahun tahun tanpa had perbatuan. Manakala bagi varian-varian hibrid ia ditambah dengan waranti selama lapan-tahun tanpa had perbatuan untuk bateri hibrid, inverter dan juga unit kawalan komputer (ECU) pengurusan tenaga.

Pembeli turut ditawarkan dengan perlindungan tambahan selama dua-tahun untuk sistem elektrifikasi tersebut dengan tambahan bayaran, dan waranti ini turut boleh ditukar kepada pemilik seterusnya bagi memberikan nilai jualan balik yang lebih baik serta memberikan ketenangan minda buat pemilik, kata UMW Toyota.

Dengan kebanjiran SUV segmen-B dan segmen-C yang hadir dengan harga begitu kompetitif dari China buat masa sekarang, adakah anda rasa rombakan yang dibuat pada mannequin kemaskini memberikan daya penarik untuk kekal sebagai pilihan utama dalam kelasnya? Kongsikan pendapat anda pada ruangan komen di bawah atau pada laman-laman sosial kami.

GALERI: Toyota Corolla Cross 1.8 V facelift 2025

GALERI: Toyota Corolla Cross 1.8 HEV facelift 2025

GALERI: Toyota Corolla Cross 1.8 HEV GR Sport facelift 2025

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles