Peugeot adalah sebuah jenama yang mempunyai sejarah agak panjang di Malaysia. Jenama Perancis ini tidak juga terlalu asing bagi kebanyakan pengguna, peminat atau pengamat pasaran automotif di sini. Bagaimanapun, atas beberapa faktor seperti layanan lepas jualan dan ketahanan kenderaan, Peugeot sebelum ini tidak dapat benar-benar menangkap keyakinan pasaran massa pengguna — ia kekal sebagai sebuah jenama dengan area of interest yang tersendiri.
Ini tidaklah pula membawa maksud yang buruk semata-mata. Jenamanya kekal relevan sehingga hari ini, dan Peugeot terus mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Dalam rentang sejarah yang agak dekat dengan kita hari ini, katakan sejak kurang lebih 20 tahun ke belakang, banyak kenderaan Peugeot boleh dilihat di atas jalan raya Malaysia, sampailah ke hari ini.
Awalnya ketika itu, jenama tersebut dikendalikan oleh Kumpulan Naza — mungkin ada yang masih ingin mannequin Peugeot 206 yang dijual sebagai Naza Bestari pada pertengahan tahun 2000an? — yang sejak itu juga sudah mula melakukan pemasangan tempatan terhadap model-model yang pernah ada. Banyak juga mannequin Peugeot yang menarik sempat diperkenalkan ketika ia di bawah kendalian Naza.
Bagi peminat kenderaan Continental — yang sentiasa ada peminat dan pengikutnya yang tegar — Peugeot merupakan sebuah syarikat yang berpusat di Perancis sentiasa memiliki kelainan dan kelebihan yang memikat. Ia bahkah sangat jauh berbeza daripada jenama Conti lain, misalnya seperti Alfa Romeo (Itali) atau bahkan Volkswagen (Jerman). Sejarah panjangnya memungkinkan Peugeot sentiasa ada peminat tersendiri, tidak kiralah bagaimana jenama berkenaan ditanggapi di Malaysia. Keseluruhan baik dan buruknya dirangkul secara bersamaan oleh peminatnya.
Tetapi, menuju penghujung tahun 2020, ada berita mula tersebar: Naza ingin melepaskan operasinya terhadap dua jenama kendaliannya: Kia dan Peugeot menjadi antara jenama yang disebut-sebut. Sejak itu jugalah nama Bermaz dan Berjaya muncul sebagai pihak yang berminat untuk menyambung legasi Peugeot di Malaysia.
Sepanjang kurang lebih tiga tahun menguruskan jenama tersebut, di bawah Bermaz turut ada model-model yang sempat dilancarkan, dan dengan monitor file mengendalikan jenama Mazda dengan sangat berjaya, terutama dari aspek lepas jualannya, itu sedikit sebanyak memberikan harapan bertapaknya jenama Peugeot dengan lebih kukuh di Malaysia selepas period Naza. Antara mannequin yang sempat diperkenalkan ialah trak pikap Peugeot Landtrek, Peugeot 3008 dan Peugeot 5008.
Namun, period Peugeot bersama Bermaz juga tidak berlangsung lama: syarikat induk pemilik Peugeot, Stellantis akhirnya mengumumkan akan mengambil alih operasi jenama itu di Malaysia pada November 2023. Sejak itu, Stellantis Malaysia memulakan gerak kerjanya untuk bertapak di sini — yang turut melibatkan pengambilalihan kilang pemasangan Naza di Gurun untuk melakukan pemasangan tempatan bagi model-model Peugeot seterusnya.
Untuk menandakan permulaan period pengurusan Stellantis ke atas jenama Peugeot di sini, syarikat itu tidak menunggu lama untuk memperkenalkan sebuah mannequin yang kami rasa cukup mengesankan, sebagai sebuah pernyataan yang tersendiri pada April 2024. Mannequin yang dimaksudkan ialah Peugeot 408, termasuk dalam versi paling sporty 408 GT.
Peugeot 408 merupakan sebuah proposisi yang unik: ia sebuah kereta crossover dengan penggayaan fastback. Dengan memanfaatkan platform EMP2 oleh Peugeot sendiri, 408 mempunyai ukuran dimensi seperti berikut: 4,687 mm panjang, 1,859 mm lebar dan 1487 mm tinggi dengan jarak roda 2,787 mm. Jika ia sebuah sedan, kami membayangkannya mampu menyaingi di dalam segmen yang kini sudah semakin dilupakan, iaitu sedan segmen D — lihat tanda harganya juga sudah boleh menjangkakan hal ini.
Jangan lupa, di Malaysia juga sebelum ini pernah ada 408 dalam dua generasi sebelumnya, dan kedua-dua itu merupakan mannequin sedan dalam segmen D. Generasi baru 408 ini meninggalkan jauh dirinya yang lama.
Untuk pasaran tempatan, ada tiga varian yang ditawarkan. Bermula dengan Attract (RM146,055) yang paling asas, diikuti oleh Premium (RM166,055) dan yang paling lengkap spesifikasinya ialah GT (RM196,055 atas jalan belum termasuk insurans). Semuanya dipasang di kilang Stellantis di Gurun, Kedah.
Bagi ulasan seterusnya di sini, kita beri tumpuan terhadap varian paling tinggi yang sempat dicuba, iaitu Peugeot 408 GT. Kami meluangkan agak banyak masa dengannya tempoh hari, merangkumi juga perjalanan jarak jauh untuk merasakan apa kelebihan dan kekurangan 408 GT berbanding pilihan lain di Malaysia. Sebagai permulaan, “unik” adalah satu kata yang kami rasakan tepat untuk menggambarkan keseluruhan jiwa dan raga kereta ini.
Ia bukan lagi sebuah sedan, tetapi bukan juga SUV. Sebaliknya, 408 hadir dengan rekaan yang akan membuatkan ramai orang memalingkan pandangan untuk melihatnya dengan rasa kagum. Imej luarannya kami rasakan cukup kuat mengandungi pernyataan yang ingin dibawa. Perhatikan wajah depan yang garang, dengan lekuk-lekuk bonet serta garis padan yang tajam.
Ketajaman ini antara lain perkayakan lagi dengan elemen DRL yang menyerupai taring singa (sesuai dengan lambang jenama Peugeot yang ada di tengah grilnya). Lampu utama LED matriks yang ada pada GT ini juga yang paling cantik dan maju berbanding yang ditawarkan untuk varian lebih rendah.
Tak hanya bahagian depan yang memukau. Bahagian belakangnya juga unik, atau bahkan aneh. Ia mempunyai rekaan however yang agak tinggi, namun tidak seperti rekaan SUV. Untuk menjadi sebuah kereta hatchback juga tidak, kerana ketinggian tersebut. Banyak elemen tajam (dengan fungsi tentunya) yang menghiasi bahagian belakang ini, sebagai contoh elemen bucu seperti telinga kucing yang dapat dilihat pada bahagian yang biasanya diletakkan spoiler. Tidak ketinggalan, rekaan lampu LED penuh yang mengisi kelebarannya.
Dari sisi, 408 GT memang nampak panjang dan rendah. Kepanjangan ini memberikan kelebihan kepada ruang however, yang mampu memuatkan kapasiti barangan yang banyak — ia mempunyai keluasan 536 liter, dan boleh ditambah menjadi 1,583 liter dengan kerusi belakang direbahkan. Namun, rekaan dengan garis bumbung ala fastback yang rendah terutamanya di bahagian belakang pula menjadi kelemahan: ruang kepala penumpang belakang jadi terhad.
Rekaan yang rugged dan berbeza ini kemudiannya disertai pula oleh kemampuan pengendalian yang setara, sama sporty dan bertenaga seperti yang ditampilkan melalui rekaannya. 408 GT menggunakan enjin 1.6 liter turbo PureTech yang menghasilkan sebanyak 218 PS pada 5,750 rpm dan 300 Nm tork pada 2,000 rpm. Ini digandingkan pula dengan transmisi automatik lapan-kelajuan yang menyalurkan kuasa ke roda depan.
Kami sukakan kedudukan dan pendekatan memandu yang ditawarkan oleh 408 GT. Pertama sekali, saiz sterengnya yang kecil dengan bahagian bawah yang rata. Seperti selalu jika memperoleh kesempatan memandu kereta dengan saiz stereng seperti ini, kendaliannya dirasakan lebih mudah dan berkesan.
Tetapi, dalam posisi stereng paling tinggi, pemandu yang tinggi mungkin akan berdepan dengan masalah lain: susah untuk melihat paparan pada kluster meter pemandu kerana bahagian atas stereng akan menghadang pandangan. Ini sedikit menyukarkan pemerhatian, tambahan pula paparan digital yang ada diberikan kesan 3D dengan pilihan warna — satu ciri yang sedap mata memandang, sekiranya tidak terhalang.
Untuk pemilih gearnya juga unik. tidak ada rekaan tombol yang biasa, sebaliknya hanya ada “selector” yang ringkas, serta pilihan kedudukan gear lain di tepinya — seperti gear P. Ini bagi kami agak menyenangkan juga, dan memberikan kelainan pengendalian yang makin lama, akan makin dihargai kerana ia memudahkan.
Rekaan keseluruhan i-Cockpit yang ada juga menjadi satu kelebihan buat 408 GT (tidak ketinggalan skrin sentuh 10-inci di tengahnya). Dengan pendekatan rekaan yang berbeza, lebih banyak bersegi dan tidak membosankan, ia menjadikan pengalaman berada di dalam kabinnya satu hal yang selalu diinginkan. Begitu juga dengan rekaan kerusi balutan kulit yang ada. Ia menjadi perkara yang membezakan GT daripada varian lain.
Sepanjang memandu, kami paling menikmati saluran kuasa yang bertenaga dari enjin. Walaupun saiz kereta ini agak besar, walau dengan empat penumpang dewasa di dalamnya pun ia masih memberikan rasa bertenaga yang menyeronokkan. Enjinnya tidak terasa kurang kuasa walau sedikit pun. Keseronokkan tambahan: tukar ke mod Sport dan tekan habis pedal — akan ada kesan bunyi khas dari pembesar suaranya untuk membuatkan anda benar-benar merasa lebih layan dengan rev enjin yang tinggi.
Bagi kadar penggunaan minyak pula, di hujung pemanduan selepas beberapa hari itu, komputer pada skrinnya menunjukkan bacaan 9.0 liter per 100 km — satu angka yang munasabah, walaupun bukanlah yang terbaik untuk kereta dalam segmen yang hampir sama dengannya.
Seperkara yang perlu dinyatakan juga, untuk GT, ia menggunakan rim 20-inci dengan profil tayar yang agak nipis. Ini memberi kesan kepada tahap kebisingan dari permukaan jalan yang boleh didengar dari dalam kabin. Tetapi, lebih penting untuk menyedari bahawa nanti bila sampai masa untuk menukar tayar, kosnya akan menjadi sangat tinggi berbanding saiz rim yang lebih kecil misalnya. Ini perlu diambil kira dari awal jika anda ingin membeli kereta ini.
Bagi ciri keselamatan, 408 GT antara lain dilengkapi dengan fungsi AEB maju, ESP dengan bantuan mula mendaki, pengesan papan tanda trafik, bantuan lampu tinggi, peninjau tekanan tayar, sensor parkir depan dan belakang, kamera 360-darjah, peninjau titik buta, amaran lintasan trafik belakang dan enam beg udara.
Setakat September 2024, semua kenderaan Peugeot diberikan pakej jaminan tujuh-tahun atau 200,000 km yang terdiri daripada jaminan kilang tiga-tahun dan tambahan jaminan empat-tahun lanjutan: membolehkan pelanggan menikmati pelindungan penuh selama tempoh tersebut.
Adakah 408 GT mampu kembali mengukuhkan jenama Peugeot di Malaysia, sekurang-kurangnya berhasil untuk Stellantis Malaysia meneruskan penawaran model-model lain di sini? Dari banyak segi, kami rasakan 408 GT ada banyak kelainan dan kelebihan. Namun, masa dan layanan pelanggan yang akan menentukan semua itu, kali ini.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.